Sunday, 30 November 2014

PERUBAHAN HORMON PUNCA JERAWAT

PERUBAHAN HORMON PUNCA JERAWAT


Tanggapan masalah jerawat hanya dialami golongan remaja sahaja tidak tepat. Hakikatnya, jerawat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Jerawat sebenarnya bermula dari pembukaan kelenjar sebum yang tersekat, menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.


Selain itu, perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.


Jerawat membimbangkan terutama golongan remaja wanita dan lelaki, sedangkan ia bukan penyakit berbahaya seperti HIV atau demam denggi! 


Sebenarnya jerawat bukan sahaja di muka, malah muncul juga di bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon. Ketika berpeluh, jerawat akan kelihatan menonjol yang membuatkan kita tidak selesa.


5 jenis jerawat;


Bintik putih

          Bintik ini muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan. Ini disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.


Bintik hitam

         Berlaku apabila liang yang tersumbat membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak walaupun selepas mencucinya. Warna yang muncul pada bintik hitam disebabkan oleh ‘oxidation’.


Papules

       Papules muncul dalam keadaan bengkak dan keras kurang lima milimeter berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak.


Pustules

       Berbentuk kubah dan bengkak serta menjadikan kulit di bahagian berkenaan sensitf. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Pustules tidak  meniggalkan parut pada kulit.


Cysts/ Nodules

       Cysts ialah bonjolan tertutup sebesar manik dan sangat sakit sekiranya tersentuh. Cysts muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit dan meninggalkan parut sekiranya dipicit.



Penulis ialah Pakar Perubatan Estetik dan Laser MJ Skin and Laser Clinic, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/perubahan-hormon-punca-jerawat-1.30967#sthash.AKj5YuYT.dpuf

No comments:

Post a Comment