Sunday 30 November 2014

PERUBAHAN HORMON PUNCA JERAWAT

PERUBAHAN HORMON PUNCA JERAWAT


Tanggapan masalah jerawat hanya dialami golongan remaja sahaja tidak tepat. Hakikatnya, jerawat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Jerawat sebenarnya bermula dari pembukaan kelenjar sebum yang tersekat, menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.


Selain itu, perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang.


Jerawat membimbangkan terutama golongan remaja wanita dan lelaki, sedangkan ia bukan penyakit berbahaya seperti HIV atau demam denggi! 


Sebenarnya jerawat bukan sahaja di muka, malah muncul juga di bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon. Ketika berpeluh, jerawat akan kelihatan menonjol yang membuatkan kita tidak selesa.


5 jenis jerawat;


Bintik putih

          Bintik ini muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan. Ini disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.


Bintik hitam

         Berlaku apabila liang yang tersumbat membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak walaupun selepas mencucinya. Warna yang muncul pada bintik hitam disebabkan oleh ‘oxidation’.


Papules

       Papules muncul dalam keadaan bengkak dan keras kurang lima milimeter berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak.


Pustules

       Berbentuk kubah dan bengkak serta menjadikan kulit di bahagian berkenaan sensitf. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Pustules tidak  meniggalkan parut pada kulit.


Cysts/ Nodules

       Cysts ialah bonjolan tertutup sebesar manik dan sangat sakit sekiranya tersentuh. Cysts muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit dan meninggalkan parut sekiranya dipicit.



Penulis ialah Pakar Perubatan Estetik dan Laser MJ Skin and Laser Clinic, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/perubahan-hormon-punca-jerawat-1.30967#sthash.AKj5YuYT.dpuf

Thursday 20 November 2014

TESTIMONI LABICEA™ REVITALIZING MOISTURIZER (LRM)

assalamualaikum semua.. hari fiza nak kongsi testimoni utk masalah eczema.. anak customer mempunyai masalah eczema yang agak teruk..  cust guna  krim Labicea™ Revitalizing Moisturizer lebih kurang sebulan lebih... allhamdulillah semakin berkurangan.. keberkesanan produk adalah tidak sama pada setiap individu... dengan izin allah yang menyembuhkan penyakit 


-----------------------------------------------


Testimoni pada 7/6/2015


Assalamualaikum semua.. hari ni fiza nak kongsi testimoni Labicea™ Revitalizing Moisturizer (LRM) ...

allhamdulillah dengan izin Allah ia berkesan..


Berminat poleh pm/sms/ whatsapp/telegram 013-7046851










Testimoni Labicea™ Revitalizing Moisturizer (LRM) 14/8/2015


Wednesday 19 November 2014

TESTIMONI WISDERM TRAVEL PACK

assalamualaikum semua... hari ini fiza ingin kongsi testimoni customer dari sarawak.. fiza tidak tahu customer mempunyai masalah kulit tapi customer ingin mencuba set percubaan wisderm yang berasaskan minyak kelapa dara.. set ini sesuai utk semua jenis kulit... customer juga mengambil ekstrak kacip fatimah keluaran UTM.. ini testimoni customer yang mengunakan lebih kurang  2 minggu.. keberkesanan produk berbeza pada setiap individu...


Sunday 16 November 2014

SENARAI PRODUK UTM

Berikut adalah produk IBD UTM yang fiza jual... 

SENARAI PRODUK IBD UTM 
1.KACIP FATIMAH PHYTO PLUS
2.TONGKAT ALI PHYTO PLUS
3.LABICEA™ REVITALIZING MOISTURIZER(LRM) 
4.WISDERM TRAVEL PACK
5. WISDERM HAND BODY LOTION VCO
6. VCO hair cream
7. VIRGIN COCONUT OIL (120 SOFTGEL, 150ML, 370ML
8. WISDERM WHITENING REJUVENATING SERUM
9.REFSHING BODY SOAP







































Sunday 9 November 2014

TESTIMONI EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN UTM

assalamualaikum semua.. hari ni fiza nk kongsi testimoni customer fiza yg mengamalkan EKF(Ekstark Kacip Fatimah)... 
customer fiza ni ada fibrodeama.... allhamdulillah semangat dia kuat... dia mengamalkan ekf pada bulan julai.. allhamdulillah dengan izin Allah yang memberi kesembuhan dan yang memberi rezeki... 

usaha, ikhtiar, sabar, doa, istiqamah







Tuesday 4 November 2014

PENYELIDIK UTM TEMUI BUKTI KACIP FATIMAH UBAT AWET MUDA

PENYELIDIK UTM TEMUI BUKTI KACIP FATIMAH UBAT AWET MUDA


Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengkaji Korea Selatan berjaya mengukuhkan keyakinan umum terhadap khasiat herba kacip fatimah dengan penemuan agen antipenuaan yang merangsang pertumbuhan kolagen dan bertindak sebagai antioksida.

 

Kajian sejak 2007 oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Dr. Mohamad Roji Sarmidi dengan Profesor Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Biokimia Universiti Dongguk, Korea Selatan, Dr. Chan Seo Par itu mendapati pokok herba tersebut juga berkesan memutihkan kulit.

 

Pihak UTM memilih pakar Universiti Dongguk untuk bekerjasama kerana mereka mempunyai makmal kemujaraban dalam penghasilan bahan kosmetik yang tidak terdapat di Malaysia.

 

Prof Mohamad Roji yang mengetuai kajian itu menjelaskan bahawa , ekstrak kacip fatimah tidak mengandungi bahan toksik dan sesuai untuk kulit manusia.

 

Ia telah diuji dalam makmal pada sel kulit manusia dan didapati sangat berkesan melambatkan proses penuaan dengan menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan kulit serta memulihkan kesan radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.

 

Selama ini kacip fatimah lebih dikenali sebagai penguat kesihatan wanita, tetapi hasil kajian penyelidik adalah yang pertama direkodkan mengenai kesannya mencantikkan kulit.