Tuesday 4 November 2014

PENYELIDIK UTM TEMUI BUKTI KACIP FATIMAH UBAT AWET MUDA

PENYELIDIK UTM TEMUI BUKTI KACIP FATIMAH UBAT AWET MUDA


Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengkaji Korea Selatan berjaya mengukuhkan keyakinan umum terhadap khasiat herba kacip fatimah dengan penemuan agen antipenuaan yang merangsang pertumbuhan kolagen dan bertindak sebagai antioksida.

 

Kajian sejak 2007 oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Dr. Mohamad Roji Sarmidi dengan Profesor Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Biokimia Universiti Dongguk, Korea Selatan, Dr. Chan Seo Par itu mendapati pokok herba tersebut juga berkesan memutihkan kulit.

 

Pihak UTM memilih pakar Universiti Dongguk untuk bekerjasama kerana mereka mempunyai makmal kemujaraban dalam penghasilan bahan kosmetik yang tidak terdapat di Malaysia.

 

Prof Mohamad Roji yang mengetuai kajian itu menjelaskan bahawa , ekstrak kacip fatimah tidak mengandungi bahan toksik dan sesuai untuk kulit manusia.

 

Ia telah diuji dalam makmal pada sel kulit manusia dan didapati sangat berkesan melambatkan proses penuaan dengan menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan kulit serta memulihkan kesan radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.

 

Selama ini kacip fatimah lebih dikenali sebagai penguat kesihatan wanita, tetapi hasil kajian penyelidik adalah yang pertama direkodkan mengenai kesannya mencantikkan kulit.

No comments:

Post a Comment