Tuesday 26 August 2014

TONGKAT ALI HERBA LELAKI MELAYU

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumiadalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.

Nama botaninya ialah Eurycoma longifoliadaripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali jugadikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akarjangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakanmempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapajenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.

Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol(quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimiapenting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yangterdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormonyang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

BritishJournal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajiansaintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkanpeningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkanciri-ciri anabolik pada tongkat ali.

Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengahatlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan iaakan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot danprestasi tanpa dadah.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponinsdan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yangbertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia jugapenting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahanmaltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambahsehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kinitongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produkminuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.


Pada sesiapa yang berminat dengan Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM boleh pm/sms/whatsapp fiza:0137046851

No comments:

Post a Comment